Monday, 7 February 2011

KAWASAN TANAH RUNTUH

Kawasan tanah runtuh. 15km dari Taman Kinabalu dan 5km dari Pekan Nabalu. Walaupun kawasan ini selamat untuk dilalui tetapi pemandu-pemandu dinasihatkan untuk berhati hati melalui kawasan ini ketika hujan, kerana ketika hujan kawasan ini kerap runtuh.

JALANRAYA BERKABUS

Beginilah pemandangan pemandu ketika jalanraya berkabus. Kabus biasa.

JALANRAYA DI SEKITAR GUNUNG KINABALU



Beginilah keadaan cuaca berkabus di sekitar Gunung Kinabalu yang berlaku hampir setiap hari. Keadaan ini adalah perkara biasa yang sering berlaku walaupun hari tidak hujan. Jalan berkabus di sekitar Gunung Kinabalu ini biasanya berlaku ketika petang atau hujan, adakalanya keadaan kabus boleh menjadi teruk dan terlalu tebal sehingga jarak penglihatan pemandu paling jauh pun 5meter. Jalanraya yang sering mengalami keadaan berkabus ini selalunya bermula dari Pekan Nabalu sehingga ke Pekan Kundasang.

Friday, 28 January 2011

Simpang ke Kinabalu Park

Keadaan berkabus di simpang ke Kinabalu Park. Keadaan ini selalunya berlaku ketika hujan ataupun pada sebelah petang walaupun cuaca baik.