Blog ini diwujudkan untuk memberikan informasi terkini tentang keadaan dan perkembangan semasa kawasan sekitar Gunung Kinabalu, khususnya keadaan jalan, perkembangan Kampung-kampung, Pekan-pekan dan tempat yang menarik seperti tempat Pelancongan. Dengan adanya Blog ini, diharapkan dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin ke kawasan Gunung Kinabalu, khasnya kepada penduduk luar kawasan Gunung Kinabalu.
Monday, 7 February 2011
KAWASAN TANAH RUNTUH
Kawasan tanah runtuh. 15km dari Taman Kinabalu dan 5km dari Pekan Nabalu. Walaupun kawasan ini selamat untuk dilalui tetapi pemandu-pemandu dinasihatkan untuk berhati hati melalui kawasan ini ketika hujan, kerana ketika hujan kawasan ini kerap runtuh.
JALANRAYA DI SEKITAR GUNUNG KINABALU
Beginilah keadaan cuaca berkabus di sekitar Gunung Kinabalu yang berlaku hampir setiap hari. Keadaan ini adalah perkara biasa yang sering berlaku walaupun hari tidak hujan. Jalan berkabus di sekitar Gunung Kinabalu ini biasanya berlaku ketika petang atau hujan, adakalanya keadaan kabus boleh menjadi teruk dan terlalu tebal sehingga jarak penglihatan pemandu paling jauh pun 5meter. Jalanraya yang sering mengalami keadaan berkabus ini selalunya bermula dari Pekan Nabalu sehingga ke Pekan Kundasang.
Subscribe to:
Posts (Atom)